MERAIKAN PENGLIBATAN PROFESIONAL DALAM AMK!
Polemik politik yang tidak berkesudahan sehinggakan permasalahan rakyat terabai telah menyebabkan politik di Malaysia terus dibelenggu dengan persepsi negatif.
Menyedari hal ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menetapkan komitmen untuk menarik anak-anak muda yang peka dengan keadaan semasa dan berkebolehan untuk turut serta bagi menyumbang kepada pembentukan politik yang berasaskan idea dan polisi demi kesejahteraan rakyat.
Sehubungan dengan itu, AMK Malaysia menubuhkan Biro Profesional bagi menghimpunkan anak-anak muda dari golongan profesional dari seluruh Malaysia yang berhasrat untuk berperanan dan menyumbang idea dan tenaga kerja dalam mengetengahkan dasar dan polisi bagi menangani isu-isu rakyat.
Oleh itu, satu sesi Facebook Live oleh YB Nurul Izzah dan YB Akmal Nasir bagi Pelancaran Biro Profesional AMK akan diadakan esok seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh: 10 Januari 2021 (Ahad)
Masa: 10 Pagi
Facebook: Akmal Nasir, Nurul Izzah Anwar, Angkatan Muda Keadilan
Mohon kongsikan.
#AMKMalaysia
#KekalBerprinsip
#JalanTerus